Fail .info menyimpan segala maklumat yang diperlukan untuk menerangkan sepenuhnya mengenai templat. Drupal akan menyaring ke semua maklumat untuk diterjemahkan kepada pengguna. Dalam fail ini mengandungi beberapa kod aturcara yang akan mengawal fungsi dan pemaparan beberapa fungsi.

Fail .info adalah hampir sama dengan fail .ini (dalam Windows). Setiap baris aturcara mempunyai pemboleh ubah dan nilai yang berpasangan dan ditengah-tengahnya mempunyai tanda sama dengan (=). Titik noktah berkoma (;) digunakan untuk menulis komen atau rujukan.

Terdapat juga pemboleh ubah yang menggunakan kurungan (brackets, [ ]) bagi menyenaraikan nilaian tersebut sebagai satu tatasusunan (array). Sekiranya anda tidak biasa dengan tatasusunan ini, boleh jadikan fail templat lain sebagai rujukan.

Nama fail .info perlu diberikan nama berdasarkan kepada nama templat tersebut. Elakkan dari menggunakan dua patah perkatan untuk nama templat tersebut. Walaupun anda boleh gunakan sengkang (-) bagi menggantikan ruangan, tetapi mungkin akan menimbulkan masalah dari segi penamaan dan "preprocessing".

Untuk tutorial kali ini, saya menamakan templat ini sebagai "parasolx". Maka nama fail .info dinamakan sebagai "parasolx.info".

Kod aturcara dalam fail .info

Drupal menyenaraikan beberapa kekunci atau pembolehubah yang boleh digunakan dalam fail .info. Sekiranya nilai ini tidak ditetapkan, Drupal akan menggunakan nilaian lalai (default value) sebagai pengganti. Pemboleh ubah tersebut adalah:

; (komen ~ sebagai panduan)

Bagi membolehkan kita memantau setiap versi perubahan setiap satu fail, letakkan komen pada permulaan penulisan dan penulis kod aturcara ini.

; $Id: parasolx.info, v 1.0 14/09/2010

name (diperlukan)

Penamaan templat yang boleh dibaca oleh manusia. Ianya digunakan untuk memberikan nama sebenar untuk templat tersebut berbanding nama mesin yang kurang difahami oleh manusia.

name = Parasolx

description (disyorkan)

Penerangan ringkas mengenai templat tersebut. Huraian ini akan dipaparkan di bahagian Administer Site building Themes.

description = Templat khas yang dibina berdasarkan kepada tutorial di Kripkorn Studios

screenshot

Pemboleh ubah ini memberitahu Drupal untuk memaparkan lakaran untuk templat tersebut. Sekiranya tidak ditetapkan, Drupal akan menggunakan nama fail "screenshot.png" sebagai nilai lalai. Contoh: screenshot = images/screenshots.png

screenshot = lakaran.png

version (tidak digalakkan)

Seandainya anda berhasrat untuk berkongsi templat tersebut di Drupal.org, pemboleh ubah ini tidak perlu dimuatkan kerana pihak Drupal.org akan meletakkannya sendiri semasa proses penghantaran. Jika templat ini digunakan secara persendirian, ianya boleh dijadikan sebagai rujukan untuk pihak anda sendiri.

version = 1.0

core (diperlukan)

Bermula versi Drupal 6, setiap templat memerlukan identifikasi untuk versi major Drupal digunakan. Nilai ini akan dibandingkan dengan versi Drupal yang digunakan. Sekiranya tiada sebarang tetapan dilakukan, templat ini tidak akan muncul dalam senarai pilihan di bahagian administrasi.

core = 6.x

engine (diperlukan dalam kebanyakan kes)

Tetapan kepada enjin yang membentuk templat tersebut. Tetapi disarankan agar dimasukkan nilai ini sebagai nilai lalai Drupal iaitu "phptemplate"

engine = phptemplate

base theme (tidak perlu melainkan anda ingin melakukan sub-templat)

Kelebihan Drupal dalam aspek templat adalah ia menyokong sub-templat. Seandainya anda mempunyai satu templat asas, dan penghasilan templat yang baru ini menggunakan struktur dan rangka templat tersebut, maka nilai ini perlu ditetapkan berdasarkan kepada nama templat tersebut. Sekiranya templat dihasilkan bukan dari mana-mana templat lain, abaikan nilai ini.

base theme = garland

regions

Lingkungan penempatan blok ini ditakrifkan dengan pembolehubah "region" diikuti dengan nama mesin (yang dihasilkan oleh Drupal) di dalam pendakap seterusnya nama "region" yang boleh dibaca oleh manusia.

Sekiranya tiada sebarang tetapan dibuat, Drupal akan menggunakan nilai lalai (default value) seperti ini:

regions[left] = Left sidebar
regions[right] = Right sidebar
regions[content] = Content
regions[header] = Header
regions[footer] = Footer

Kelima-lima "regions" di atas tidak boleh dipadamkan kerana ianya hadir dari "core" Drupal. Jadi ianya tetap akan muncul di bahagian Administer Site building Block.

features

Terdapat elemen yang dapat dikawal secara tetapan dalam "Themes" seperti logo, slogan, misi dan lain-lain. Pemboleh ubah ini sangat berguna sekiranya templat ini bakal digunakan secara komersil, tetapi sekiranya melibatkan anda seorang sahaja, abaikan sahaja.

features[] = logo
features[] = name
features[] = slogan
features[] = mission
features[] = node_user_picture
features[] = comment_user_picture
features[] = search
features[] = favicon
features[] = primary_links
features[] = secondary_links

stylesheets

Pemboleh ubah ini akan mengawal kemasukkan atau proses memanggil set-set fail CSS yang akan dimasukkan dan digunakan pada templat. Sekiranya pemboleh ubah ini tidak ditetapkan, Drupal akan menggunakan nilai lalai untuk dipanggil iaitu style.css.

Bermakna sekiranya terdapat fail dalam fail pelipat

stylesheets[all][] = style.css

scripts

Pemboleh ubah ini akan mengawal fail-fail JavaScript ke dalam templat. Seperti CSS, nilai lalai untuk pemboleh ubah ini adalah script.js. Jadi sekiranya terdapat fail dalam direktori templat yang dinamakan script.js, ianya akan dipanggil dan dimasukkan ke dalam templat secara automatik walaupun nilai ini tidak ditetapkan.

scripts[] = javascript.js

Contoh: parasolx.info

Berdasarkan kepada pemboleh ubah yang dinyatakan di atas, sebagai permulaan membina templat "Parasolx" kita akan menetapkan nilai-nilai untuk fail parasolx.info terlebih dahulu. Berikut adalah contoh kod aturcaranya:

; $Id: parasolx.info, v 1.0 14/09/2010
name = Parasolx
description = Templat khas yang dibina berdasarkan kepada tutorial di Kripkorn Studios
screenshot = lakaran.png
version = 1.0
core = 6.x
engine = phptemplate

regions[left] = Lajur kiri
regions[right] = Lajur kanan
regions[content] = Kandungan
regions[header] = Pengepala
regions[footer] = Kekaki
; 'regions' yang dihasilkan secara manual (ditambah)
regions[top] = Atas

stylesheets[all][] = style.css
scripts[] = javascripts.js

Anda boleh gunakan perisian pemprosesan teks seperti Notepad atau Wordpad. Simpankan fail ini sebagai parasolx.info.

Penilaian: 
3
Average: 2.5 (2 votes)