Proses membuat templat kandungan untuk node tertentu boleh dilakukan secara terus menerusi fail templat. Untuk pengguna baru, adalah sukar untuk memahami konsep awal pembinaan templat Drupal ditambah pula dengan penggunaan modul Content Construction Kit (CKK). Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan modul Content template.

Melalui teknik ini, paparan kandungan untuk node akan kelihatan seperti berikut:

Membina templat kandungan node dengan Content template-9225

Fungsi kegunaan modul-modul

Content Construction Kit

  • Modul ini membolehkan kita membina sendiri sebarang medan tambahan yang ada pada jenis kandungan tertentu selain daripada medan yang disediakan secara lalai oleh Drupal.
  • Dengan modul ini, sebarang jenis medan boleh ditambah sebanyak mungkin mengikut keperluan pengguna sendiri.
  • Dalam contoh ini, kita hanya akan menambah satu ruangan medan untuk input textarea bagi perenggan yang pertama.

Content template

  • Modul ini membolehkan kita mengubah suai paparan kandungan yang dihasilkan oleh jenis kandungan termasuklah CCK.
  • Melalui modul ini, proses pengubahsuaian templat untuk node tertentu dilakukan menerusi GUI tanpa perlu melibatkan sebarang penulisan kod.
  • Pengubahsuaian ini hanya terhad kepada teaser dan full node sahaja.
  • Tetapi kesemua pemboleh ubah disediakan secara automatik.

Pengaktifan modul CCK dan Content template

Anda perlu memuat turun dahulu kedua-dua modul ini dari Drupal.org di

Aktifkan kedua-dua modul ini di Administer Site building Modules. Untuk modul CCK, dua modul diaktifkan iaitu Content dan Text. Manakala satu lagi modul tambahan kepada CCK iaitu Content template juga diaktifkan.

Membina templat kandungan node dengan Content template-9220

Penambahan ruangan medan baru untuk jenis kandungan

  • Kemudian pergi ke Administer Content management Content type. Di sini anda boleh tentukan sama ada untuk menggunakan jenis kandungan yang sedia ada atau hasilkan jenis kandungan yang baru.
  • Dalam contoh ini, saya gunakan jenis kandungan "Story". Klik pada "Manage fields" untuk Story supaya kita dapat menambah satu ruangan textarea yang baru.
  • Seterusnya hasilkan satu Textarea yang baru. Anda mungkin boleh menggunakan contoh seperti di bawah ini sebagai latihan.Membina templat kandungan node dengan Content template-9221
  • Tetapan yang lebih lanjut untuk medan yang baru ini boleh dikonfigurasikan mengikut citarasa sendiri. Dalam kes ini saya biarkan semuanya dalam keadaan asal dan klik "Save field settings".
  • Kemudian medan ini disusun supaya ianya berada dibahagian kandungan utama (Body) seperti di bawah. Kemudian klik "Save".Membina templat kandungan node dengan Content template-9222
  • Sekarang kita sudah selesai melakukan bahagian kemasukkan ruangan medan tambahan. Seterusnya adalah proses untuk modifikasi paparan untuk setiap elemen.

Pengubahsuaian paparan node dengan Content template

Sekarang kita akan melawat bahagian Content templat. Klik pada bahagian tab "Template". Pengubahsuaian ini hanya melibatkan jenis kandungan yang dilakukan sahaja.

Membina templat kandungan node dengan Content template-9223

Modul ini membolehkan kita membuat pengubahsuaian paparan pada tiga bahagian iaitu:

  • teaser: paparan kandungan separuh
  • body: paparan kandungan penuh
  • rss: paparan pada suapan RSS.

Dalam kes ini kita hanya akan ubah pada paparan penuh sahaja. Klik pada "Body" dan satu paparan konfigurasi ditunjukkan. Untuk mengaktifkan sebaran modifikasi ini, klik pada "Affect body output". Medan ini kemudiannya diaktifkan.

Kemudian kosongkan ke semua kod yang ada pada medan tersebut memandangkan lebih mudah ditulis. Dalam contoh pertama, kita akan menghasilkan satu jadual dengan dua lajur terlebih dahulu. Maka kodnya adalah seperti berikut:

<table>
  <tr>
    <td width="50%">1</td>
    <td width="50%">2</td>
  </tr>
<table>

Untuk kandungan "1", saya ingin memasukkan elemen gambar (anda mungkin boleh masukkan elemen lain seperti Google Adsense atau apa jua iklan). Ruangan medan ini menyokong penggunaan HTML dan PHP. Maka apa yang saya gantikan adalah seperti ini:

<img src="https://www.drupalnote.my/drupal6/logo.gif" title="Logo Kripkorn Studios" width="450"/>

Untuk kandungan "2", kita akan gantikan dengan pemboleh ubah daripada medan yang kita hasilkan sebelum ini (Perenggan pertama). Kita perlu menulis kod aturcara PHP untuk memanggil medan CCK. Dengan modul ini, semua pemboleh ubah telah siap disenaraikan dibahagian "Body variables".

  • Klik pada pautan tersebut dan cari pemboleh ubah yang bernama $node->content['field_first_para'] (array).
  • Ini adalah kod PHP untuk memanggil medan tersebut.
  • Perhatikan bahawa medan ini dihasilkan dengan beberapa array yang perlu kita tentukan.
  • Perhatikan pada bahagian array yang pertama, $node->content['field_first_para']['#type_name'] ini akan mengeluarkan output "story" manakala $node->content['field_first_para']['#field_name'] akan memaparkan "field_first_para".
  • Oleh itu, untuk memanggil kandungan yang dihantar menerusi medan ini, kita perlu memanggil array [0]['view'] (ini tidak dipaparkan dalam modul ini selagi tiada sebarang kandungan dihantar dengan mengisi ruangan medan yang baru dibuat sebelum ini).

Kod yang perlu ditulis adalah seperti berikut:

<?php print $node->content['field_first_para'][0][view] ?>

Bahagian yang terakhir adalah kemasukkan bahagian "Body". Cari pemboleh ubah $node->content['body']['#value']. Kemudian klik pada pautan tersebut. Pastikan ianya berada dibahagian luar daripada jadual kita. Hasil akhirnya adalah seperti ini:

Membina templat kandungan node dengan Content template-9224

Klik "Save" dan cuba lakukan satu penghantaran kandungan yang baru. Anda boleh mencuba dengan pemboleh ubah yang lain bagi memanggil data-data yang disediakan oleh Drupal untuk pengubahsuaian paparan sendiri.

Penilaian: 
2
Average: 2 (1 vote)