Di tahap ini, anda sudah memahami secara tegar segala terma-terma yang digunakan dalam Drupal seperti "nodes", "content type" dan beberapa lagi istilah yang biasa digunakan.

Anda juga sudah memahami dengan jelas penggunaan, pemasangan dan pengemaskinian modul tambahan untuk Drupal. Segala proses perjalanan yang perlu dilakukan untuk mengguna dan mengubah suai modul mengikut keperluan juga sudah dikuasai.

Isi kandungan

Di tahap ini kita akan mempelajari secara total mengenai templat atau tema Drupal. Selain itu terdapat juga beberapa tutorial tambahan untuk menjadikan laman anda menjadi lebih menarik dan lain dari yang lain.

Tutorial ini menuntut anda untuk memperlengkapkan diri dengan CSS, HTML dan sedikit pengetahuan dalam PHP kerana proses penghasilan templat ini menggunakan ketiga-tiga bahasa aturcara.

Mengenai "Theming"

Tema adalah koleksi beberapa fail yang mempersembahkan data-data dan maklumat serta memberi "perasaan" kepada laman Drupal. Melalui tema anda boleh:

  1. menetapkan satu atau lebih paparan laman
  2. menetap secara spesifik elemen gambar dan grafik
  3. menetap secara spesifik bentuk penulisan
  4. menetap secara sepsifik pelbagai jenis tulisan
  5. menulis tindih sebarang bentuk keluaran data-data

Dalam proses pengubahsuaian atau penghasilan satu-satu tema yang baru, pengetahuan ini diperlukan sepenuhnya dan juga bergantung kepada subjek yang terlibat:

  • xHTML dan CSS
  • JavaScript dan JQuery (sekiranya perlu)
  • Terminologi Drupal

Pengetahuan dan penggunaan PHP mungkin dapat membantu anda dalam melakukan beberapa penulisan semula proses dan beberapa fungsi Drupal untuk digunakan pada tema. Sepanjang tutorial ini, saya akan cuba menerangkan sepenuhnya penggunaan PHP tetapi sebolehnya kita akan cuba elakkan daripada menggunakannya.

Enjin PHPTemplate

PHPTemplate adalah satu medium yang menghubungkan antara sistem Drupal "core" dan paparan halaman kepada pengguna. Enjin PHPTemplate ini telah didatangkan siap sedia dengan Drupal dan anda tidak perlu untuk menyentuh mana-mana bahagiannya. Rajah dibawah menunjukkan hubung kait proses PHPTemplate dan Drupal.

Penilaian: 
4
Average: 3.7 (3 votes)