Dalam tutorial kali ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk memecahkan fail yang bersaiz besar kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Terdapat beberapa tujuan kenapa kita memerlukan teknik ini contohnya:
- Menghantar fail melalui email. Kebanyakan penyedia email percuma menghadkan saiz fail yang boleh dihantar contohnya Yahoo.com yang menghadkan kepada 10mg sahaja.
- Untuk memuat naik fail kedalam akaun rapidshare.com
Keperluan
1. Winrar. Winrar boleh dimuat turun melalui laman web berikut:
www.rarlab.com/
2. Fail yang ingin dipecahkan.
Langkah-langkah
Info : Dalam tutorial ini saya akan menggunakan sebuah fail yang bersaiz 700mg dan dipecahkan kepada 100mg setiap satu.
1. Install winrar ke dalam komputer anda.
2. Cari fail yang ingin dipecahkan dan tekan butang kanan tetikus.
3. Pilih Add to archive...
4. Satu paparan window baru akan keluar seperti berikut:
Archive Name : Nama fail
Split to Volume : Pilih 98, 078k - Zip 100
Tips: Anda boleh memilih saiz fail yang ingin dipecahkan dibahagian Split To Volume.
5. Klik Ok dan tunggu sehingga proses selesai.
6. Hasilnya seperti berikut:
Komen
Re: Memecahkan Fail Bersaiz Besar Kepada Saiz Lebih Kecil
macamana nak join(sambung) balik fail yg di pecahkan itu. kena pakai sofware lain ke?
Admin
Re: Memecahkan Fail Bersaiz Besar Kepada Saiz Lebih Kecil
tak perlu guna perisian lain, guna WinRAR juga. tapi pastikan yang kesemua pecahan fail tersebut berada dalam satu folder. kemudian double-click fail yang pertama iaitu "part1". nnt winrar akan automatic extractkan dengan sambungkan ke semua fail tadi. itu sahaja.
Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training