Dalam tutorial kali ini, kita akan mempelajari cara-cara menggunakan perisian FTP. FTP adalah akronim bagi File Transfer Protocol. Perisian FTP digunakan untuk memudahkan anda mengupload,mengubahsuai fail dan juga membuang fail-fail yang terdapat dalam pelayan web anda.



Terdapat pelbagai jenis FTP, disini saya senaraikan 3 FTP yang paling dikenali.Perisian FTP kebiasaanya shareware iaitu anda boleh menggunakannya untuk tempoh-tempoh yang tertentu sahaja.



1. SmartFTP



2. CuteFTP



3. Filezilla - perisian ini adalah percuma dan tempoh had penggunaan.



Saya akan mengunakan SmartFTP sebagai perisian contoh untuk membantu anda memahami tutorial kali ini. Muat turunkan perisian tersebut didalam komputer anda dan installkan perisian tersebut. Buka perisian tersebut, jika anda baru kali pertama memasang perisian ini, anda akan mendapat paparan berikut:



Only local images are allowed.



Nota: Jika anda tidak mendapat paparan berikut: Klik File New Remote Browser.



Host - alamat FTP bagi laman web anda. Kebiasaanya, jika alamat laman web anda adalah www.websaya.com, anda boleh menggunakan URL tersebut sebagai Host anda.



Path - Alamat direktori yang ingin anda capai, dalam tutorial kali ini,biarkan ruangan ini kosong.



Login Type - Pilih pilih Username and Password.



Username : Nama pengguna anda untuk mencapai FTP. Kebiasaanya nama pengguna FTP adalah sama dengan nama pengguna yang anda gunakan untuk mencapai CPanel.



Password : Kata laluan untuk mencapai pelayan web anda.



Klik OK.



Anda akan mendapat paparan berikut jika anda berjaya mencapai pelayan web anda menggunakan FTP



Only local images are allowed.



Sekarang kita anda mempelajari satu-persatu direktori yang terdapat didalam pelayan web anda.



  • .cpanel - direktori ini dikhususkan untuk CPanel laman web anda

  • .fantasticodata - direktori ini untuk menyimpan maklumat Fantastico De Luxe, Anda disarankan agar tidak membuat sebarang pindaan dalam direktori ini dikhuatiri akan mengganggu fungsi Fantatisco De Luxe.

  • .htpssswd - direktori ini digunakan untuk menhadkan capaian penggunakan didalam laman web anda.

  • access log - direktori ini menympan log-log capaian yang dilakukan oleh pengguna.

  • etc - menyimpan fail-fail yang tidak berkaitan dengan laman web anda.

  • logs - menyimpan log-log capaian.

  • mail - Direktori ini menyimpan email bagi pelayan web anda.

  • Public FTP - direktori ini akan digunakan jika pengguna mencapai pelayan web anda menggunakan anonymous

  • Public_Html - disini semua fail-fail tentang laman web anda disimpan, pengubahsuaian, memuat naik fail baru dan membuang fail dilakukan dalam direktori ini.

  • tmp - direktori sementara untukpelayan web anda. Direktori ini akan digunakan jika anda ingin memuat naik fail anda menerusi pelayar web.
    Nota: Anda memerlukan koding PHP ASP dan seantaranya untuk membolehkan proses upload berlaku.

  • www - direktori ini adalah sama dengan public_html anda.
Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)