Bingkai elemen ala-ala Windows Vista

Tutorial kali ini menyentuh langkah-langkah yang boleh anda praktiskan untuk membuat kesan bingkai gambar atau elemen lain seperti dalam Windows Vista. Sebelum ini kesan bingkai pernah digunakan pada tema laman KS. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai langkah-langkah untuk menghasilkannya.

Terlebih dahulu, anda boleh dapatkan sebarang gambar sampel untuk dijadikan sebagai latihan. Dalam contoh kali ini saya menggunakan gambar bayi kerana ianya sangat comel. Terima kasih kepada Adam Danish kerana menjadi model.

Efek Foto Lama

Saya akan menggunakan beberapa gabungan efek yang biasa kita gunakan seperti "sepia", hitam putih dan beberapa manipulasi kesan khas seperti debu, calar dan elemen-elemen lain.

Bagi tujuan ini, saya menggunakan Photoshop CS2 seperti mana-mana tutorial yang terdapat dalam laman ini. Berikut merupakan gambar asal dan hasil akhir selepas selesai melakukan transformasi.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Teknik Penghasilan "Transparent Background"

Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan 3 cara untuk melakukannya dan setiap satu teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Saya akan gunakan 2 keping gambar dan anda boleh memuat turun sebagai latihan.

Only local images are allowed.

Saya gunakan gambar yang mempunyai latar belakang hijau supaya anda lebih memahami kesan teknik ini.

Only local images are allowed.

Ini adalah latar belakang yang akan menggantinkan warna hijau dalam gambar kita yang pertama.

** Untuk muat turun gambar, klik kanan dan "Save image as ..."

 

[toc hidden:1]

Pages