Memilih garisan arah aliran (trendline) dalam Microsoft Excel

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Garisan arah aliran atau "trendline" adalah antara fungsi yang disediakan dalam Microsoft Excel (2007/2010). "Trendline" digunakan untuk meramal dan mengkaji satu-satu set data untuk digunakan dalam satu kajian (juga dikenali analisa regresi -- regression analysis). Kita perlu hasilkan satu graf terlebih dahulu daripada set-set data yang ada.

Bingkai elemen ala-ala Windows Vista

Tutorial kali ini menyentuh langkah-langkah yang boleh anda praktiskan untuk membuat kesan bingkai gambar atau elemen lain seperti dalam Windows Vista. Sebelum ini kesan bingkai pernah digunakan pada tema laman KS. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai langkah-langkah untuk menghasilkannya.

Terlebih dahulu, anda boleh dapatkan sebarang gambar sampel untuk dijadikan sebagai latihan. Dalam contoh kali ini saya menggunakan gambar bayi kerana ianya sangat comel. Terima kasih kepada Adam Danish kerana menjadi model.

Efek Foto Lama

Saya akan menggunakan beberapa gabungan efek yang biasa kita gunakan seperti "sepia", hitam putih dan beberapa manipulasi kesan khas seperti debu, calar dan elemen-elemen lain.

Bagi tujuan ini, saya menggunakan Photoshop CS2 seperti mana-mana tutorial yang terdapat dalam laman ini. Berikut merupakan gambar asal dan hasil akhir selepas selesai melakukan transformasi.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

"Mail Merge" Untuk Microsoft Word 2007

Apa Itu "Mail Merge"?

Bayangkan anda terpaksa menulis 1000 pucuk surat yang semua kandungannya sama kecuali yang berlainan hanya alamat, tarikh, nama dan beberapa terma-terma tertentu.

Secara manualnya, anda akan menulis surat pertama, kemudian cetak, ubah perkara-perkara seperti alamat, nama, tarikh dan lain-lain kemudian cetak surat yang kedua dan ulang perkara yang sama sehingga selesai 1000 surat.

Pages