Artikel yang berkaitan dengan informasi, teknologi dan perkara berbangkit mengenai isu dan penggunaan internet. Pemilihan tajuk lebih menjurus kepada pengetahuan am mengenai dunia internet.

Bentuk carian data dan maklumat, kebijaksanaan tiruan

Dapat dilihat pada hari ini, enjin carian utama iaitu Google telah menjadi satu fenomena dengan beberapa fungsi tambahan yang dipertingkatkan serta bentuk paparan yang baru. Apabila kita mempunyai satu persoalan dan mahukan jawapan -- perkata pertama yang akan dilakukan adalah dengan mencari jawapannya di Google.com. Penggunaannya yang ringkas dengan hanya perlu memasukkan kata kunci atau frasa ayat bagi membolehkan kandungan yang telah diindeks dalam pangkalan data Google dipaparkan kepada pengguna.

Pendaftaran domain .my

Sekiranya kita fikir sejenak, mengapa pendaftaran domain dengan sambungan .my lebih mahal berbanding domain-domain yang biasa? Sepatutnya bagi kita rakyat Malaysia, pendaftaran untuk domain ini seharusnya lebih murah kerana transaksi pembelian dan pendaftaran diuruskan oleh negara kita sendiri.

Namun, disebabkan kengkangan dan syarat-syarat yang diperkenalkan menyebabkan nilainya adalah lebih tinggi berbanding dengan domain yang biasa.

Apa itu alamat IP (IP address)

Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai ID pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Alamat IP atau protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat tersendiri. Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada menerusi surat atau telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).

Status gerak balas kod HTTP

1xx Info/Informasi

HTTP_INFO - Memproses permintaan dan pemprosesan berterusan.

100 Continue

Bermaksud pelayan menerima arahan atau permintaan yang dihantar dan ianya mengarah klien supaya meneruskan proses penghantaran maklumat yang diminta. Sekiranya maklumat yang dihantar adalah cukup besar, maka satu maklum balas akan dimaklumkan yang menyatakan pelayan tidak mampu untuk menguruskan permintaan tersebut

Pages