Bit dan bait: Bagaimana ia berfungsi dalam sistem komputer


Untuk memudahkan pemahaman mengenai bit, kita cuba bandingkan dengan sesuatu yang anda faham, katakan digit. Digit adalah satu ruang yang boleh menempatkan satu angka dari 0 hingga 9. Digit-digit selalunya digabungkan bersama-sama untuk membentuk dan membina satu nilai yang lebih besar. Sebagai contohnya 3185.



Nombor ini mempunyai 4 digit. Nombor ini diisi dan ditempatkan berdasarkan kepada puluhan tertentu yang boleh saya ringkaskan seperti dibawah:


32 bit vs 64 bit: Perbezaan sistem dan kelebihan

Sistem 32bit versus 64bit

Sebagai permulaan, mari kita lihat terlebih dahulu asas kepada unit pemprosesan dan bagaimana boleh wujudnya teknologi ini.

Dalam sesebuah komputer, terdapat beberapa elemen yang penting untuk mewujudkan fungsi unit pemprosesan. Salah satunya adalah bas data (data bus). Ianya bukanlah sebuah bas seperti yang selalu kita nampak tetapi ia bertindak sebagai pembawa maklumat atau data (pengangkutan data).

Sistem Fail: FAT16, FAT32 Atau NTFS

Apa itu sistem fail?

Untuk memudahkan pemahaman, sistem fail (file system) adalah keadaan atau satu mekanisme komputer mengurus dan menyimpan data-data dalam cakera keras (hard disk). Dalam satu-satu cakera keras mungkin mengandungi beribu fail-fail yang perlu diuruskan yang melibatkan aktiviti penyimpanan atau capaian kembali.

Dengan pengertian lain, fail sistem adalah satu prosedur yang memetakan keseluruhan maklumat dalam cakera keras. Jadi bagaimana sistem atau mekanisme ini berkerja/berfungsi?

Memecahkan Fail Bersaiz Besar Kepada Saiz Lebih Kecil

Dalam tutorial kali ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk memecahkan fail yang bersaiz besar kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Terdapat beberapa tujuan kenapa kita memerlukan teknik ini contohnya:

  • Menghantar fail melalui email. Kebanyakan penyedia email percuma menghadkan saiz fail yang boleh dihantar contohnya Yahoo.com yang menghadkan kepada 10mg sahaja.
  • Untuk memuat naik fail kedalam akaun rapidshare.com

Keperluan

Menukar huruf pemacu keras (Hard disk) anda

Start > Control Panel > Administrative Tool > Computer Management, Disk Management.

Klik kanan pada pemacu keras anda (berada di bawah perkataan "Volume") dan pilih "Change drive letter and path:". Kemudian pilih huruf untuk pemacu keras anda yang baru.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu pemacu keras atau pembahagian pemacu keras (partition), anda hanya perlu mengulangi step di atas untuk pemacu-pemacu keras yang lain.

Menukar IP Dynamic

Only local images are allowed.

Jika IP anda adalah dinamik, coding dibawah boleh digunakan untuk menukar IP. Ini membolehkan anda mendownload dari Rapidshare.com tanpa perlu menunggu masa.

  • Start > Run > cmd
  • ipconfig /release - tunggu 10 saat
  • ipconfig /flushdns
  • ipconfig /renew

Selesai.

[toc hidden:1]

Pages