Panduan terbaik penjagaan bateri laptop

Memang betul mitos itu diguna pakai pada bateri jenis Nickle terdahulu tetapi tidak lagi untuk generasi bateri zaman sekarang yang lebih moden menggunakan Lithium. Jadi aktiviti mengecas penuh dan menyahcas habis tidak membawa sebarang keuntungan, sebaliknya memberi kesan lebih teruk.

Bateri berteknologi moden sekarang boleh dicas tidak mengira berapa peratus jumlah tenaga yang masih tersimpan dan langsung tidak memberi kesan negatif kepada tahap prestasinya.

Bit dan bait: Bagaimana ia berfungsi dalam sistem komputer

Untuk memudahkan pemahaman mengenai bit, kita cuba bandingkan dengan sesuatu yang anda faham, katakan digit. Digit adalah satu ruang yang boleh menempatkan satu angka dari 0 hingga 9. Digit-digit selalunya digabungkan bersama-sama untuk membentuk dan membina satu nilai yang lebih besar. Sebagai contohnya 3185.

Nombor ini mempunyai 4 digit. Nombor ini diisi dan ditempatkan berdasarkan kepada puluhan tertentu yang boleh saya ringkaskan seperti dibawah:

(3 * 1000) + (1 * 100) + (1 x 10) + (5 * 1) = 3185

Pages